HALA TUJU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.1 Falsafah Sekolah
1.1.1  Bahawasanya pelajar-pelajar di sekolah ini mempunyai kebolehan yang pelbagai dan potensi serta minat untuk berkembang maju dari segi jasmani,  rohani, emosi dan intelek. Oleh itu, bimbingan dan peluang akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkan potensi mereka supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

1.1.2. Bahawasanya tenaga pengajar di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan ikhtisas untuk memberi pendidikan sempurna, menyeluruh dan bimbingan bermutu bagi memajukan pelajaran dan pendidikan dalam kalangan pelajar di sekolah ini.

1.2 Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

1.3 Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

1.4 Moto Kualiti
“Kerja Sepasukan Meraih Kegemilangan”


1.5 Matlamat
1.5.1 Meningkatkan kegemilangan kurikulum.
1.5.2 Meningkatkan pencapaian kokurikulum.
1.5.3 Meningkatkan sahsiah pelajar


1.6 Objektif
1.6.1. Meningkatkan kegemilangan kurikulum
a. Mencapai 100% kelulusan bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Meningkatkan gred purata sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
b. Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
c.Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat A dalam matapelajaran Sains dan Teknikal.


1.6.2. Mencapai kegemilangan kokurikulum
a. Meningkatkan peratus pelajar yang menyertai pertandingan/aktivti peringkat daerah, negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
b. Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat tempat (johan naib johan dan ketiga) dalam pertandingan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
c. Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat A dalam penilaian kokurikulum.


1.6.3. Mencapai kegemilangan sahsiah pelajaran
a. Mengurangkan peratus salah laku kategori A.
b. Meningkatkan peratus pelajar yang mempunyai penampilan diri yang kemas.

1.7. Piagam Pelanggan  
1.7.1 Memberikan pendidikan yang terbaik dengan penuh dedikasi bagi kecemerlangan akademik kesempurnaan sahsiah dan pembangunan bakat serta potensi diri pelajar-pelajar.

1.7.2 Memastikan sistem pendidikan terlaksana berasaskan budaya ilmu dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.7.3 Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif, selesa dan harmoni untuk menghasilkan tenaga manusia yang produktif dan berinovatif, berdaya juang dan berketerampilan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan negara.

1.7.4 Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, layanan mesra dan penyelesaian segera kepada pelanggan.

1.7.5 Memastikan staf mendapat pendidikan dan latihan yang mencukupi serta kemudahan yang terbaik bagi mereka menguruskan kerja dengan cekap, bijaksana dan berkesan.

1.7.6 Mewujudkan budaya penyayang, bertoleransi dan semangat berpasukan di kalangan guru-guru, staf sokongan, pelajar-pelajar dan ibu bapa.

1.7.7 Menjalin hubungan yang akrab antara sekolah dengan masyarakat setempat dan agensi- agensi luar.

1.7.8 Memastikan segala urusan pejabat, urusan perkhidmatan dan urusan kewangan dilaksanakan tanpa kesalahan dan menepati tempoh masa yang ditetapkan.




1.8. Moto Sekolah
“ Inovatif Dinamik”


1.9. Pegangan Sekolah
i. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN (LEARNING ENVIRONMENT)
Menyediakan ruang, peluang dan persekitaran yang kondusif kepada pelajar untuk menimba dan mengembangkan ilmu

ii. SAHSIAH PELAJAR (STUDENT WELL-BEING)
a. Mengenal asal-usul, adat resam dan menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan mendaulatkannya.
b. Mempunyai (menunjukkan) adab, budi bahasa, bersopan-santun dan dinamik dalam tingkat kehidupan (rohani dan jasmani).
c. Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sayangi harta benda dan alam sekitar.
d. Menjaga kesihatan, rupa diri, bersih fizikal, mental, spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat.
e. Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.

iii. PENURUNAN KUASA (STAFF EMPOWERMENT)
a. Semua pemimpin pertengahan di sekolah diberi kepercayaan untuk mengurus organisasi kecil di bawah tanggungjawab mereka dan dibimbing untuk lebih berketrampilan
b. Semua guru dan staf diberi ruang dan kepercayaan untuk mengembangkan bakat dalam pengurusan sekolah

iv. PENJENAMAAN (BRANDING)
a. Berpegang kepada acronim STaND, yang membawa semangat ”STaND Tall, STaND Together,” serta ” Membangun bersama ke arah kegemilangan”
b. Membangunkan Etos dalam sekolah:
    i. Kecemerlangan akademik
    ii. Kecemerlangan kokurikulum
    iii. Sahsiah pelajar
    iv. Asrama
     v. Budaya
    vi. Pengurusan SPBT
   vii. Pengurusan Pusat Sumber
   viii. Pengurusan Makmal Sains dan bilik-bilik khas
    ix. Pengurusan Kantin

v. SISTEM YANG BAIK (GOOD SYSTEM)
a. Pengurusan berpandukan kepada cara bekerja yang sistematik, inovatif dan dinamik
b. Pengupayaan yang dirancang mengikut peraturan, ketetapan mesyuarat, kata sepakat dan pelaksanaan yang berhemah
c. Penambahbaikan yang berterusan agar kualiti sentiasa ditingkatkan

vi. PERKONGSIAN (PARTNERSHIP)
a. Mengamalkan semangat bekerjasama dan perkongsian ilmu , bantu-membantu, semangat persaudaraan sama ada dengan pihak luar, dalam atau luar negeri atau dalam kalangan warga STaND.