SEJARAH

1.0 Sejarah SMK Taman Nusa Damai (STaND)
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju melantik Arkitek Rekaputra Sdn. Bhd. yang beralamat di 29A Jalan Impian Emas, Taman Impian Emas 81300 Skudai, Johor Bahru dan perunding-perunding lain iaitu Teguh Runding Sdn. Bhd. di Taman Perling, Jurutera Perunding BZ di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, JY Cost Plan di Kangkar Pulai dan Pembinaan Pulau Sebang Sdn. Bhd. Seremban Negeri Sembilan untuk menjalankan kerja-kerja rekabentuk sehinggalah kepada peringkat pembinaan SMK Taman Nusa Damai dan Blok Asramanya.


2.0 Lokasi Tapak
Pembinaan projek SMK Taman Nusa Damai dan Blok Asrama ini adalah di atas Lot PTD 149694 Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru. Lokasi tapak projek ini berada di kawasan penghujung kepada Taman Nusa Damai yang diliputi semak samun dan kawasan berbukit dengan batuan besar.


3.0 Tarikh Pembinaan dan Tarikh Siap
Pembinaan bermula pada 23 Mac 2008 dan siap pada 29 November 2009


4.0 Tarikh Penyerahan Kunci kepada Penyelaras Sekolah
Penyerahan kunci kepada Penyelaras Sekolah ialah pada 11 November 2010


5.0 Tarikh Cadangan Mula Operasi
Tarikh cadangan mula beroperasi bagi SMK Taman Nusa Damai ialah pada 1 Jun 2010, namun pengoperasiannya tertunda kerana proses penyerahan bangunan gagal dilaksanakan atas sebab masalah teknikal. Oleh itu tarikh pengoperasian yang baru telah ditetapkan pada 1 September 2010. Oleh hal yang demikian, pengoperasian SMK Taman Nusa Damai telah dijalankan di SMK Kota Masai. Pengoperasian Asrama Putera dan Puteri ialah pada 1 Januari 2011.